Wednesday, January 27, 2010

1 day in Melaka

ada cadangan bila nak merayap ke Melaka selama satu hari?

in feb, 3 minggu berturut2 saya tak free sbb dah ada program lain...tapi kalau ujung bulan sure broke kan time tu?

mcm mana?

kalau pi melaka, apa aktiviti yg kita nak buat?

xoxo
JM

Wednesday, December 9, 2009

Melaka Vacation

hello semua...annyeong!~



seperti yang semua tahu, kitorang baru je balik dari Melaka nan indah...walaupun tak ramai participate dalam projek kali ni tapi semuanya berjalan lancar ;)

Hotel Seven di Bukit Cina adalah tempat yang menarik dan sesuai utk pelancong low budget macam kita ni...junior suite (single/double bed) hanyalah RM108 sebilik dan boleh muatkan sehingga 3 orang sebilik...dan hotel ni guest friendly...senang nak access internet (free) dan pekerja sangat ramah (ada hensem juga :p)

nak shopping? pergilah Mahkota Parade (spt biasa) dan Dataran Pahlawan (yang gile besar tu)...macam-macam ada...dan kalau korang nak tau, Jusco baru dah nak dibuka... terletak bersebelahan dengan Tesco, ia adalah Jusco terbesar di Asia Tenggara (dengar kata aa)

sightseeing? singgah la ke Menara Taming Sari, Eye On Malaysia, Stadhyus, Muzium Samudera, Kota A Famosa dan beberapa tempat menarik dekat area tu...within walking distance dan walaupun penat, tpi best...mesti cuba, Melaka River Cruise! Marvellous! * standing obviation *...hahaha..dan juga Pirate Ship ;)..oh, ya...Jonker Walk jangan dilupa yer!

kami makan dekat Jonker Dessert! tempat wajib utk makan makanan asli baba dan nyonya yang juga terkenal dengan baba ais kacang nya tu...gulp! terliur siot~ dan jangan lupa singgah di umbai wei!!! wajib tu!!

so far takde ape yg dilupakan kan? kalau ada apa2 tertinggal, sila kemukakan di sini...mana tau, next trip kita boleh pergi semua tempat ;)
(oh, ya...kami mmg tak gi area2 zoo, taman asean, taman mini malaysia tu - harap maklum)

ya, sebelum lupa...pergilah ke area MITC...ada mydin, planetarium dan juga a few tempat2 baru yang menarik...hihihihi

oleh yang demikian, kalau nak ke melaka nanti kita plan ramai2 dan sebaik mungkin! kita nak buat percutian Cheekye paling gempak tapi sempoi!!~

xoxo
Jimah JM

Sunday, November 15, 2009

Melaka Getaway~~~

Ini adalah projek bagi subgroup ChEe-Kye. Ahaks! Boleh laa dikatakan pra-percubaan untuk ChEe-Kye vacation yg sebenar.. :-p

Dengan ini dijemput sesiapa yang berminat untuk ke Melaka Bandaraya Bersejarah, sila inform saya & Jimah dengan segera. Berikut adalah details utk peristiwa gemilang ini..hahahahha~~:

Tarikh: 4 - 6 Disember 2009

Tempat penginapan: Hotel Seven (CONFIRMED!!!!) Junior Suite telah ditempah.. Hotel Puri dan semua hotel di tengah bandar fully-booked sebab cuti sekolah!! For more info about Hotel Seven, sila ke website ini: http://www.hotel7.com.my/index.php/home ;-)


Aktiviti:
  1. Photoshoot & video recording (MESTI!! hahahhaha..)
  2. Naik bot menyusuri Sungai Melaka (ramai cakap sgt best ok especially time malam!!)
  3. Naik Menara Taming Sari (Waktu malam best!!)
  4. Naik Eye-On Malaysia (Di waktu malam juga...hahahahah!!)
  5. Jalan2 area Jonker... (sooooooo nostalgic...)
  6. Tawaf area MMU Melaka tercinta... (huhuhuhuhu...speechless :-()
  7. Jalan2 area Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, A Famosa, Stadhuys, muzium...
  8. Tgk movie (kalo sempat)
  9. Makan di Umbai (kalo ada transport)
  10. Jaya Jusco anyone?? hahahahah~~
Budget: RM 150 and less (penginapan shj, tak termasuk pengangkutan & makan)

Senarai yang confirm:
  • Wan Safra
  • Jimah
  • Wan Fatin (tour guide..ahaks!)
Berminat? Hubungi kami segera!!! =D Hope to hear from you soon!! InsyaAllah jadi sebab saya dah pun book tiket & apply cuti.. Ahaks! :-p

Sunday, October 25, 2009

Yoohoooo (>.<)

salamz semua...

tadi keluar ngan Yan n Aida...so kitorang bincang2 la...probably nak wat gathering Cheekye satu hari nanti...apa kata kita ramai2 gi Melaka, since tu tempat pertemuan kita dulu? tapi tak kisah la kalau korang nak tukar tempat tu, Melaka is just a suggestion

sekarang ni kita kena cari time yang semua orang memang cuti dan takde hal...sila tabulatekan cuti anda dan apa2 sila post di sini...

oh ye, kepada peminat2 SS501, (yang diketahui fanatik adalah Wan dan Dijah) sape nak gi konsert diorang, maybe around december '09 or january '10 (exact date yet to be announced)...VIP adalah lebih kurang RM800....apa2 sila post disini jugak ye..

makasehhhhhhhhhhh~~~~


~Chayo: Kelana Mall

xoxo
JiMah JM

Saturday, October 17, 2009

Chayo!

Ropanya banyak aje tempat lepak yg cun kat kawasan kelana jaya ini...cuma daku yang tidak mengetahui, haha, Jimah, sila letak gambar Cafe Chayo di sini, kalau rajin. Saja nak promote, since Cheekyes are nothing if not a bunch of food enthusiasts. -_- (zen mode)

Cafe Chayo:

Theme: Rustic Indian feel (siap ada Yoga Studio kat atas I think)

Makanan: Tak pernah rasa, kelmarin me and Jimah only tried their smoothies, very milky and fantastic! Bolehla tahan, the Banana-Vanilla Smoothies is really good.

Price range: Bawah sket dari Secret Recipe, atau lebih kurang je, yg penting, kat sini mementingkan makanan sihat i.e ada vegetarian options dan organik, they have a wide range of flavors of Organic Teas. Makanan, tak berapa tengok sangat, tapi lebih kurang Indian Asian Fusion kot, I think I saw samosas and vegan paratha/ thosai in their menu. Apa-apa pun kena cek balik (sapa nak join?) muahaha...^~^

So, kalau minat, let's Chayo!

Sunday, October 11, 2009

Hello~

salamz kawan-kawan...

ape cer? takde benda menarik nak kongsi ke?
takde plan utk gathering ke?
tak nak gi Sunway Lagoon ke? (sape still ade gamba kita gi sunway dulu? aku nak!)

BOSAN SIOT!



nak makan sushi king...huuu~

xoxo
Jimah

Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya!!!!


To all my ChEe-kYe fellas,

Selamat Hari Raya Aidilfitri...
Maaf zahir batin...
May this Eid brings lots of joy & happiness to us!!
=D


p/s: Jom letak gambar raya masing-masing kat sini!! (utk mengubat kerinduan..ahaks!)
;-)