Friday, February 29, 2008

Korang ingat tak? ;-)

Uniknya Ramadhan bersama ChEek-Kye

"Hello girls!!! I'm home!!!" jerit Jimah sebaik membuka pintu. Dia tersengih keriangan. Kedua-dua tangannya memegang plastic bag.
"Hallu!!!" balas Wan, Aida, Yan, Diq, Zurin dan Wanie yang sibuk di dapur. Resepi untuk malam ini - Biskut Mama Carie.
"Korang, tengokler aku beli apa ni!?" ujar Jimah sambil membelek beg-beg plastiknya. Dia tersenyum sorang-sorang.
"Wan, awak pergilah jap. Kot merajuk pulak budak tu," bisik Wanie. Wan terpinga-pinga. Seperti dirasuk, dia ke ruang tamu dan duduk di sebelah Jimah.
"Awak beli apa, Jimah?" soalnya mesra - untuk mengambil hati semata-mata.
"Ni, saya beli hadiah raya untuk korang semua!!" ujar Jimah yang murah hati itu dengan girang.
"Hadiah?!!" semua di dapur terpinga-pinga. Seperti pelesit, Aida, Wanie, Diq dan Zurin bergegas ke ruang tamu. Tiba-tiba sahaja dapur menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi mesin pemutar memukul telur.
"Sampai hati korang tinggalkan daku seorang di sini..." keluh Yan dengan muka blurnya. Dia terus memecahkan kulit telur dan menuangnya ke dalam adunan. Bagi beliau, tiada apa yang berlaku. Hehehhe...

"Kechik.... Nak hadiah..." kata Aida menggoda. Dia mengukir senyuman penuh maknanya itu.
"Tak bley. It's mine! All mine!!!" pekik Jimah dengan nada chipmunknya.
"Booo... Jimah kedekut siot!" ujar Diq yang kepanasan. Peluh wanitanya menitis.
"Apaler ko Jimah," condemn Zurin pula.
"Ko nak bagi ker tak nak Jimah?" ugut Wanie penuh kekerasan. Ada gaya jadi agen FBI siot...
"Huhuhu... takutnya! Takutnya!" pura-pura Jimah.
"Eh, cepatlah!" gertak Zurin yang tidak sabar.
"Ok, ok. Relax arr... Ni, aku beli kat korang sorang satu... Tadaaaa!!!" Jimah buat surprise intro. Dia membuka sebuah kotak berisi balang-balang kecil.
"Waaaaa....." semua di situ terpegun. Mata masing-masing bersinar gemerlapan.
"The very the cumil!!!" ujar Diq.
"Korang ambiklah sorang satu. Aku bagi ikhlas," kata Jimah.
"Thanks, Jimah!!" ucap mereka sambil memilih balang cute itu masing-masing.
"At last ada gak benda leh aku simpan kerongsang aku," ujar Wan dengan seronoknya.
"It's very practical you know," promote Jimah.
"Wells, wells..." celah Wanie dengan wajah setujunya.

Zurin bersandar di sofa dan menekan butang di remote control. TV di hadapannya terpasang. Suara Wan Kamaruddin dari NTV7 kedengaran.
Hari ini adalah satu sejarah bagi kebanyakan warga kota di negara kita. Ini berikutan peristiwa kehabisan tiket bagi semua jenis pengangkutan utama sempena musim perayaan ini. Pelik, tapi itulah realitinya! Apa dah jadi dengan kehabisan tiket-tiket ini? Adakah terdapat penyangak tiket yang memanipulasi keadaan ini untuk kepentingan mereka? Jika benar, apa kejadahnya yang telah berlaku??! Kita ke Puduraya untuk keterangan lanjut..

Semua termangu di depan TV, ibarat ada gam melekat mereka di situ. Sunyi dan suram menyelubungi keadaan. Selepas beberapa ketika...

"Korang....." ujar Diq perlahan. Semua mata tertumpu ke arah Diq. "Kita ada 3 minggu lagi nak raya....tapi...." suara Diq makin perlahan.
"Tiket dah habis...." celah Aida, sayu. Sepi.
"That means...." kata Jimah yang tak sanggup mengukir kata-kata seterusnya.
"Kita tak dapat balik kampung...." sambung Zurin, kaget. Masing-masing melihat sesama sendiri.
"HUWARRRGHHHHHHHH!!!!!!!!!!!" jerit mereka sekuat hati. Apartment mereka malam itu seperti dilanda tsunami. Mereka sama-sama berpelukan. Tiba-tiba kedengaran bunyi gelas pecah dari dapur. Suasana kembali sepi. Mereka bergegas ke dapur. Kelihatan Yan sedang berguling-guling di tepi mesin pemutarnya. Dia tidak dapat menerima keadaan.

"Yan! Yan!" semua menjadi cemas. Wan dan Wanie cuba menenangkan Yan.
"Yan, sabar Yan..." pujuk Aida.
"Korang...." ujar Yan, sebak. Suaranya tersekat-sekat. Matanya berkaca. Dia duduk bersila selepas ditarik oleh Wanie.
"Kitorang paham, Yan. Kitorang pun cam awak jugak tak beli tiket. Menyesal tak beli awal...." ujar Wan sambil memegang bahu Yan.
"Bukan..." kata Yan.
"Bukan?!" semua yang lain kehairanan.
"Biskut Mama Carie tak jadi..." ujar Yan sambil menuding ke arah dulang berisi biskut yang masih panas tersebut. Didapati semua bahagian tengah biskut-biskut itu berlubang. Arakian semua kelihatan terpegun melihat biskut-biskut terbabit. Mereka menarik nafas dalam-dalam. Wanie mula terangguk-angguk, diikuti dengan yang lain. Senyuman terukir di wajah mereka. Seraya dengan itu, gelak tawa mengisi keheningan malam. Memang benar, uniknya Ramadhan bersama Cheekye! =))

Sekian.

p/s: Miss ya girls!! =D

Sunday, February 24, 2008

Al-Fatihah

Salam ladies & friends...

Hari ini, kita baru sahaja mendapat tahu bahawa Ibunda kepada sahabat kita iaitu Aben telah kembali ke rahmatullah selepas zohor tadi. Thanks to Bobo coz informed me about that news. So, girls and friends, mari kita sama-sama sedekah Al-Fatihah buat arwah ibunda sahabat kita dan kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat Allah s.w.t.

And to our friend, Aben...kami harap semoga anda tabah menghadapi ujian dan dugaan daripada Allah s.w.t. Be strong..and HE always be with you.

Remember..we'll always be there for you. :)

Al-fatihah...

Monday, February 18, 2008

Cuti-Cuti Malaysia

To all my dearest Chee-Kye friends, dalam pada kita tgh dlm mood nak pegi travel nihh, saya adalaa menggatal2 cari info sket.. :-p So, here comes the cadangan & proposal. Ahaks!

Saya rasa adalah lebih mulia sekiranya kita buat lesen percubaan dgn travel di dlm Malaysia ni dulu.. Tapi kita akan cuba cari tempat2 yg very the beautiful utk photoshoot..(well well, ni kan salah satu reason kita nak pegi travel kan?? hahahaha =D) anyway, try korang surf kat http://www.cuti.com.my/ . Saya dah browse travel packages & found them interesting especially pasal Bukit Tinggi, Perhentian & Tioman. So, korang try surf pulak & give some feedbacks! ;-)

Rate for each package kebanyakan below RM1000 per person (melainkan korang ambik package honeymoon 7D6N tu sah2 RM2000 per person kan..) :-p ahaks! so, pendapat korang, kalo kita nak travel dlm msia, bila masa yg sesuai? nak tunggu akhir tahun jugakkah? atau diawalkan sket? kalo ikut package dlm cuti.com.my tu valid until 31st october jerk.. Maka bagaimanakah?

Satu lagi as reminder, kalo nak gak wat akhir tahun, disarankan utk menjauhi kawasan2 perairan pantai timur msia yer kawan2..saya tak rela dihanyutkan ke laut china selatan musim2 tengkujuh nih..hohohoho... :-

anyway, feedbacks please!! =D thanks!

It's a parrtyy...babes!~

Salam ladies...

Okay, maybe some of us dah tau...that there will be a tiny2 little small gathering of Cheekye members which will be held on this 23rd February 2008 (Saturday). So far yang confirmed just me and Saf..miss luthiyen..U've to make a deal with me on this Thurs and Miss Vivacious too..

Plan setakat nih, we'll be lepaking at Pavillion or kawasan sekitar KL at night. (only if permissions from ayahnda dan bondaku :p). Or else kita akan berslumber party at my resident...so, bolehlah bawak ape2 yang patut sebagai bekalan such as DVD's or anything yang tak merbahayakan.

And utk safety, please bring your sweaters and socks coz it's freaking out cold here at night :D (Series tak tipoo)

That's all..ade members yang jauh tetiba boleh turut serta...please do join us.. :D Love ya!~

XOXO~
Mya Sakura

wassup y'all...

salam my lady friends...

just nak remind korang supaya kumpul duit dari sekarang ( paling kurang RM500 sebulan)...maybe ujung tahun nak pi vacation a-la-Cheekyes...

destinasi pilihan:
1) sydney
2)bali
3) star cruise to phuket

kalau ada cadangan silalah kemukakan lagi ok....tp ingat, bajet takyah over2 sangat...this is our first vacation...mwahahaha

xoxo
Jamie Ichigo

Welcome Ladies...!~

Salam..

Hye babes, Welcome to our new home...please do make it as our home...haha.

So, just post anything you would like to share...anything, food (yeah..we love food), promotions, going places...new events...anything... ;p

That's all for now...hope to see words from all of us...miss ya gurls..!!~

XOXO~

Mya Sakura