Friday, February 29, 2008

Korang ingat tak? ;-)

Uniknya Ramadhan bersama ChEek-Kye

"Hello girls!!! I'm home!!!" jerit Jimah sebaik membuka pintu. Dia tersengih keriangan. Kedua-dua tangannya memegang plastic bag.
"Hallu!!!" balas Wan, Aida, Yan, Diq, Zurin dan Wanie yang sibuk di dapur. Resepi untuk malam ini - Biskut Mama Carie.
"Korang, tengokler aku beli apa ni!?" ujar Jimah sambil membelek beg-beg plastiknya. Dia tersenyum sorang-sorang.
"Wan, awak pergilah jap. Kot merajuk pulak budak tu," bisik Wanie. Wan terpinga-pinga. Seperti dirasuk, dia ke ruang tamu dan duduk di sebelah Jimah.
"Awak beli apa, Jimah?" soalnya mesra - untuk mengambil hati semata-mata.
"Ni, saya beli hadiah raya untuk korang semua!!" ujar Jimah yang murah hati itu dengan girang.
"Hadiah?!!" semua di dapur terpinga-pinga. Seperti pelesit, Aida, Wanie, Diq dan Zurin bergegas ke ruang tamu. Tiba-tiba sahaja dapur menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi mesin pemutar memukul telur.
"Sampai hati korang tinggalkan daku seorang di sini..." keluh Yan dengan muka blurnya. Dia terus memecahkan kulit telur dan menuangnya ke dalam adunan. Bagi beliau, tiada apa yang berlaku. Hehehhe...

"Kechik.... Nak hadiah..." kata Aida menggoda. Dia mengukir senyuman penuh maknanya itu.
"Tak bley. It's mine! All mine!!!" pekik Jimah dengan nada chipmunknya.
"Booo... Jimah kedekut siot!" ujar Diq yang kepanasan. Peluh wanitanya menitis.
"Apaler ko Jimah," condemn Zurin pula.
"Ko nak bagi ker tak nak Jimah?" ugut Wanie penuh kekerasan. Ada gaya jadi agen FBI siot...
"Huhuhu... takutnya! Takutnya!" pura-pura Jimah.
"Eh, cepatlah!" gertak Zurin yang tidak sabar.
"Ok, ok. Relax arr... Ni, aku beli kat korang sorang satu... Tadaaaa!!!" Jimah buat surprise intro. Dia membuka sebuah kotak berisi balang-balang kecil.
"Waaaaa....." semua di situ terpegun. Mata masing-masing bersinar gemerlapan.
"The very the cumil!!!" ujar Diq.
"Korang ambiklah sorang satu. Aku bagi ikhlas," kata Jimah.
"Thanks, Jimah!!" ucap mereka sambil memilih balang cute itu masing-masing.
"At last ada gak benda leh aku simpan kerongsang aku," ujar Wan dengan seronoknya.
"It's very practical you know," promote Jimah.
"Wells, wells..." celah Wanie dengan wajah setujunya.

Zurin bersandar di sofa dan menekan butang di remote control. TV di hadapannya terpasang. Suara Wan Kamaruddin dari NTV7 kedengaran.
Hari ini adalah satu sejarah bagi kebanyakan warga kota di negara kita. Ini berikutan peristiwa kehabisan tiket bagi semua jenis pengangkutan utama sempena musim perayaan ini. Pelik, tapi itulah realitinya! Apa dah jadi dengan kehabisan tiket-tiket ini? Adakah terdapat penyangak tiket yang memanipulasi keadaan ini untuk kepentingan mereka? Jika benar, apa kejadahnya yang telah berlaku??! Kita ke Puduraya untuk keterangan lanjut..

Semua termangu di depan TV, ibarat ada gam melekat mereka di situ. Sunyi dan suram menyelubungi keadaan. Selepas beberapa ketika...

"Korang....." ujar Diq perlahan. Semua mata tertumpu ke arah Diq. "Kita ada 3 minggu lagi nak raya....tapi...." suara Diq makin perlahan.
"Tiket dah habis...." celah Aida, sayu. Sepi.
"That means...." kata Jimah yang tak sanggup mengukir kata-kata seterusnya.
"Kita tak dapat balik kampung...." sambung Zurin, kaget. Masing-masing melihat sesama sendiri.
"HUWARRRGHHHHHHHH!!!!!!!!!!!" jerit mereka sekuat hati. Apartment mereka malam itu seperti dilanda tsunami. Mereka sama-sama berpelukan. Tiba-tiba kedengaran bunyi gelas pecah dari dapur. Suasana kembali sepi. Mereka bergegas ke dapur. Kelihatan Yan sedang berguling-guling di tepi mesin pemutarnya. Dia tidak dapat menerima keadaan.

"Yan! Yan!" semua menjadi cemas. Wan dan Wanie cuba menenangkan Yan.
"Yan, sabar Yan..." pujuk Aida.
"Korang...." ujar Yan, sebak. Suaranya tersekat-sekat. Matanya berkaca. Dia duduk bersila selepas ditarik oleh Wanie.
"Kitorang paham, Yan. Kitorang pun cam awak jugak tak beli tiket. Menyesal tak beli awal...." ujar Wan sambil memegang bahu Yan.
"Bukan..." kata Yan.
"Bukan?!" semua yang lain kehairanan.
"Biskut Mama Carie tak jadi..." ujar Yan sambil menuding ke arah dulang berisi biskut yang masih panas tersebut. Didapati semua bahagian tengah biskut-biskut itu berlubang. Arakian semua kelihatan terpegun melihat biskut-biskut terbabit. Mereka menarik nafas dalam-dalam. Wanie mula terangguk-angguk, diikuti dengan yang lain. Senyuman terukir di wajah mereka. Seraya dengan itu, gelak tawa mengisi keheningan malam. Memang benar, uniknya Ramadhan bersama Cheekye! =))

Sekian.

p/s: Miss ya girls!! =D

4 comments:

Mya Sakura said...

miss the momments...huhuhu...

Reilly Engelo said...

hehe, tetiba jd pelawak antarabangsa, sgt berbangga ;)

Lovely Jaemi said...

hahahahaha..poyo jer

Libra Dolce said...

eheks! reillo memang patut jer jadi pelawak antarabangsa.. :-p tak main aar raja lawak kt msia nih..ahhahah.. =))

p/s: seriyes tgh terbayang gulingan di tepi mesin pemutar itu..hahaha..